Bismillah..
Pernah saya bertanya pada seorang teman tentang kenapa manusia x suka tengok kesenangan manusia lain.. Kenapa manusia perlu ada sifat hasad, sifat dengki, iri hati, busuk hati.. Jawab nya ringkas..
‘Manusia x perlukan sebab untuk berbuat jahat.. Bila diri dikuasai syaitan, bila diri x dapat berfikir waras, bila diri dah kalah dengan psikologi, maka sebab tu lah manusia tanpa pikir panjang sanggup menganiaya manusia lain’...
Saya terpaksa mengakui, sepanjang hampir 20 tahun bernyawa di dunia yang sementara ni, saya berdepan dengan banyak masalah, rintangan, tetapi alhamdulillah saya dapat mengawal hampir kesemuanya, tetapi apabila berdepan dengan masalah yang membabitkan manusia, saya lemah..
Dah x tahu mcm mane nak jadi baik dengan manusia ni.. Musuh dalam selimut ni banyak.. Kadang-kadang kita sangkakan dia baik, tapi hakikatnya Allah sahaja tahu.. Yang disangka jahat pulak, kadang2 dia lah yang paling baik..
Ape pun, yang terbaik hanyalah daripada Allah.. Moga dilindungi Allah dari manusia yang mempunyai hasad kepada kita.. Tuhan saya, Tuhan awak jugak.. Kan?
Dah sebulan saya amalkan baca doa ni.. Moga-moga diri saya istiqamah.. Rasa macam x patut kalau saya x share doa ni.. Yang tahu, alhamdulillah, yang belum tahu, sama-sama lah kita amalkan.. Moga diri kita sentiasa dilindungi daripada perbuatan khianat manusia.. InsyaAllah..
Disebut Doa Abi Darda' kerana dalam kisah yang masyhur ada orang memberitahu rumah Abi Darda' terbakar. Kemudian beliau mengajak orang pergi melihat rumahnya.
Dengan kuasa Allah rumahnya tidak terjejas sedikit pun yang terbakar hanyalah sekeliling rumahnya. Maksud dari hadis barangsiapa membacanya maka tidak ada sesuatu yang tidak disukai akan menimpa dirinya, kaum keluarga dan juga harta bendanya.
Abu Darda r.a menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membakar rumah saya.Rasulullah SAW telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang.(saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh).Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"*juga bagus dibaca sewaktu keluar rumah..*





4 comments:
Salam ya ukhti,
boleh diberi sekali maksud doa ini. =)
owh asif2, lupe nk letak makna..
dah tau makna baru leh memahami dan menjiwai kan.. =)
asif skali lg.. hehe.. khilaf ana..
ni maksudnya.. moga bermanfaat
Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau.
Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar
Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan
sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku
Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar
Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa.
Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau
daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan
daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia)
Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya).
Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar
Salam..
Hmm.. Sma mcm sy.. Bru nk tnya makna doa tu..
Jzkk ukhti ats pkongsian..
wsalam.. dah bg dah.. asif yer akh2 skalian.. :)
Post a Comment