Segala ujian yg diberi olehNYa adalah tarbiyah dari Allah.. Thats what we call life.. Too many obstacles to face.. Saya berserah hanya pada Allah.. Mencari keredhaanNya adalah matlamat saya.. Soal balasan kepada yang khianati dan menganiaya saya, biar Allah sahaja yang tentukan..
Its been more than a month since I have been attached at Satellite Pharmacy 4 or also known as In-Patient Pharmacy.. Bila mana diri diuji dengan dugaan terhebat, maka hari2 yang dilalui agak sukar seolah-olah begitu lambat berlalu.. Langkah yang diatur seakan-akan longlai menanti rebah meskipun pada pandangan manusia lain, langkah yang saya aturkan begitu gah sekali.. Senyum yang diukir begitu mesra tetapi saya sendiri dpt merasakn betapa kelatnya senyum yang sy lemparkan..
Bukankah yang tersirat di hati tidak perlu dizahirkan pada riak wajah? Sabarlah duhai hati.. Andai diluah sekalipun, biarlah tika dahi di sejadah, ketika di situ, luahlah apa sahaja wahai hati..
Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kepada saya, tetapi apabila dijentik oleh ujian sebegini kadangkala membuatkan diri begitu lemah.. Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya keseorangan.. Benar.. Bahkan Rabb itu ada bersama kita dalam setiap degupan jantung kita sendiri..
Attachment di ICU [Intensive Care Unit] sangat2 menginsafkan saya.. Setiap hari, dari jam 10am-2pm saya akan berada di Pharmacy ICU.. Di mana di sinilah saya berdepan dengan kematian hampir setiap hari.. Dan dikelilingi oleh equipments seperti ventilators (breathing machines), EEG, Dialysis, Epidural catheters, ECMO, IABP, CVC dan sebagainya..
Kematian pasti datang menjemput kita.. Moga iman kita terpelihara insyaAllah.. Sementara menunggu waktu Isyak, sangatlah bagus kalau kita amalkan solat sunat memelihara iman dan sunnat awwabin beserta istikharah.. InsyaAllah.. Moga Allah merahmati kita semua..







