
‘Aku masih mencari keserasian antara kami..kami xpernah punya persamaan samaada yang ketara @ terhijab tp aku tercipta untuk mewarisi keturunannya..mata hijaunya menjauhi n0rma melayu..kulitnya yg putih melepak k0ntras denganku.. rambutnya yg halus keperangan x sewajarnya dibandingkn dengan rambutku yg hitam lebat..dia maha tabah namun aku amat sensitif..aku telah menumpang rahimnya sebelum 'rumahku' kini telah dicemari barah..bertahanlah ibu..’
Bismillah..
Tersentap hati bile baca status seorang sahabat di facebook.. Sebelum saya teruskan dengan kisah ini, eloklah dikenang kembali sejarah perkenalan antara dua sahabat ini yang sememangnya lillahi taala..
Dia adalah teman yang paling rapat ketika saye ditempatkan di MRSM Kuala Lipis, 3 bulan perkenalan antara kami alhamdulillah berkekalan sampai ke sekarang.. Yelah, sy diserang penyakit keturunan iaitu ‘homesick’ yang keterlaluan then amik keputusan untuk kuar dr mrsm dan meneruskan di smka di kuala terengganu, SHAMS, sekolah yang begitu gah namanya..
Siapa sangka, sahabat saya ni pun, ikut jejak langkah saye kuar dr mrsm jugak.. adoilaa.. die ckp kalo saye kuar die pon akan kluar.. hehe.. Imbau balik kenangan 2002, lbh kurang 8 tahun dahulu, wah pantas betul masa berlalu..tapi tidak sama dengannya, apabila dia keluar dari mrsm, dia hanya ditempatkan di sekolah harian biase, dan saya sepatutnya bersyukur berjaya ditempatkan di first ranking smka malaysia..
Di mrsm dulu, kami tidur sekatil, dirapatkan katilnya ke katil saya.. Tingkatan satu, usia yang muda untuk berpisah dengan keluarga.. Teringat bagaimana saya dipaksa untuk menjadi imam ketika solat.. akhirnya imam ni menangis sewaktu solat berjemaah sebab teringatkan keluarga.. hahaha.. ape lagi, dengan makmum2 sekali yang lebih kurang 6 orang pun turut menyumbangkan tangisan masing2.. Sah ke solat tu ek? Wallahualam, xpe, belum akil baligh.. Hehehe...
Selepas berpisah pada tahun 2002 penghubung antara kami hanyalah surat dan email.. itu sahaja penghubung kami.. sehinggalah saya berjumpa dengan nya buat kali pertama selepas tahun 2002 adalah pada 2010.. Saya pun xtahu kenapa kami mengambil masa begitu lama untuk berjumpa, tapi itulah kehendak Allah.. Peraturan Allah adalah yang terbaik..
Saat saya berjumpa dengannnya, ketika di hospital.. Pertemuan yang memang dirancangkan.. Saat dirinya diuji dengan ujian yang maha hebat.. Dan ketika itu juga saya pun diuji dengan ujian yang begitu hebat.. Diuji dengan hasad dengki manusia, ahh, lupakan sajelah, itu semua di luar kawalan saya, biar saya serahkan pada yang memegang ubun-ubun setiap manusia, siapa lagi kalau bukan Allah taala..

Berbalik kepada sahabat saya, ibunya dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di ward sakit puan kerana dikhuatiri mengalami barah rahim tahap ketiga.. Ibunya yang selama ini merahsiakan hal ini dari diketahui anak-anaknya akhirnya terbongkar apabila anaknya dapat merasai sesuatu yang pelik pada ibunya..
Ahh berat betul ujian sahabat saya ini.. Pertama kali saya berjumpa dengannya, erat saya dipeluknya, tergambar wajah keceriaan antara kami, 8 tahun berpisah, akhirnya kami disatukan tetapi dalam suasana masing-masing dengan masalah masing2..
Saya sempat melawat ibunya, benar, ibunya nampak tabah, tidak sedikit pun tergambar wajah kelesuan padanya.. Itulah realitinya seorang ibu.. Perit yang ditanggung tidak pernah terzahir di luar..Biar diri terseksa, tapi tidak anak-anaknya..
Doctor sempat berbincang dengan kami, yang ibunya akan dibawa ke dewan permbedahan untuk CT Scan dan memberitahu bahawa pihak doktor akan mencuba yang terbaik walaupun hakikatnya mungkin hayat ibunya bila2 masa sahaja akan diambil oleh Pemilik Nyawa.. Berderai airmata kawan saya..

Kasih terhadap ibunya membulatkan hatinya untuk tidak meneruskan pelajaran.. Pada mulanya die memang berputus asa dari menyambung pelajarannya.. Tapi saya sebagai seorang sahabat menasihatkan dia untuk membekukan sem nya atau extend sem.. Hidup perlu diteruskan.. Ujian datang tanda Allah mengasihi kita, bukan membenci kita.. Dan barangsiapa yang bersabar, maka, dialah yang mendapat ganjaran Allah di sana nanti.. Bukan kah itu yang kita cari? Kebahagiaan di sana? Yang kekal abadi..
Semalam, genap usianya 21 tahun, saya sempat mengucapkan ulang tahun kelahiran padanya tapi tidak pula dibalas tentang usianya, yang dibalas, dia menanyakan saya di mana klinik orthopedik.. Saya off hari ini so saya hanya dapat direct die ke klinik pakar ortho dalam telefon sahaja.. Ikutkan hati, nak je saye terus ke hospital membantu beliau..

Benar, setiap manusia ada masalahnya sendiri.. Jangan hanya dipandang pada luaran, dalam senyum tawa, terselit seribu kepahitan yang sukar ditelan oleh sahabat kita.. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami.. Kami menuju jalanMu, maka kami pohon dengan sepenuh2 pengharapan, jangan lah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat, sebagaimana yang telah Engkau berikan pada umatMu yang terdahulu..
Pimpini kami, tuntuni kami, lindungi kami, peliharakanlah kami.. Kami hanyalah hambaMu yang lemah.. Oleh itu, hanya kepadaMu kami mengharap pertolongan.. Terimalah taubat kami, kurniakan maghfirahmu pada kami.. Ampun ya Rabb.. Ampun.. Kau ampunilah dosa ibu bapa kami, kasihani mereka ya Allah, sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..
Tetapkan kami dalam agamaMu, peliharakanlah iman kami semasa kami hidup dan sewaktu kami meninggal, akhirkan usia kami dengan husnul khatimah, bukan su’ul khatimah.. Huhu.. Ya Allah, pohon ku, selamatkanlah ibubapa ku, kaum kerabatku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat.. Mintaku ya Rabb, perkenanlah doa2 mereka.. Jauhi mereka dari sebarang bentuk musibah..
Jadikan aku seorang yang sentiasa mengingatiMu, baik sewaktu aku gembira, baik sewaktu aku bersedih hati.. Mohon pelindungMu dari gangguan syaitan yang menyesatkan, mohon perlindungan dari hasad dengki manusia, aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu yang sempurna dari kejahatan-kejahatan makhluk yang diciptakanMu..
Ya Rabb.. Perkenankanlah.. Perkenankanlah.. Perkenankanlah.. :(



3 comments:
Semoga Allah berikan yang terbaik untuk ibunya dan keluarganya.. Biar apa2 pn penghujung.. inshaAllah, ia yg terbaik.. Semoga semua redha dn tabah akn apa2 ktentuanNya.. Aminn~
moga2 mcm tu la hendaknya akh..
alhamdulillah dh kluar ward ibu beliau tp keadaan masih sama..
hope ibunya terus kuat melawan sakit itu..
Alhamdulillah.. Amin, mudah2an..~
Post a Comment